Monday 12 May 2014

Nie Ayam Hutan baru nak ajar jadi pikat.Taji pon baru nak tumbuh.Ayam Hutan lapis pertama yang dibesarkan direban.Kokok dia boleh tahan sedap dan bulu pun cantik.ramai kengkawan nak mintak tapi aku sayang sebab aku bela dari kecil lagi...hu hu sori tak jual saja nak kongsi  sama.

Friday 4 April 2014

8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki

Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.
 
Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-
 
1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
 
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
 
Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
 
2. Stroke :Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
 
3. Membakar Lemak :Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.
 
4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
 
5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
 
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
 
6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
 
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
 
7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
 
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
 
8. Depresi :Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi. 

Tuesday 4 March 2014

Ubi kayu mampu mengubati pendarahan

Ubi kayu atau nama botaninya manihot ezculenta crantz merupakan tumbuhan tropika dan subtropika yang memang banyak terdapat di hampir semua kawasan tropika serata dunia kerana ia merupakan karbohidrat yang berkos rendah dan paling mudah untuk diperolehi. Ðaunnya yang muda (pucuk) amat popular sebagai sayuran.

ubi kayu (manihot ezculenta crantz)

Pokok ubi kayu berasal dari Brazil, Amerika Selatan. Tumbuhan ini seterusnya tersebar ke Asia pada awal abad ke 17 dibawa oleh pedagang Sepanyol dari Mexico ke Filipina. Ubi kayu termasuk dalam keluarga euphorbiaceae. Ðikenali juga sebagai ubi benggala, ubi belanda, cassava (Inggeris), kappa (India), maniok (Sri Lanka), singkong (Indonesia), kamoteng kahoy atau balanghoy (Filipina), mushu (China) dan củ sắn atau khoai mì (Vietnam) merupakan tumbuhan dari jenis pokok renek.

Penanaman

Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara 9 hingga 12 bulan.

pokok ubi kayu

Batangnya pula berkayu sama ada bercabang atau tidak, kulit batang berwarna coklat atau kelabu serta kasar kerana banyak parut tangkai daun. Kulit batang ubi kayu mengandungi tanin, enzim, peroksidae, glikosida dan kalsium oksalat.

Akar pokok ubi kayu mengembung kerana menyimpan makanan. Ubinya pula berbentuk tirus, silinder, bulat, kecil, sederhana atau sangat besar. Isinya pula berwarna putih. Kuning atau sedikit merah dan menjadi keras apabila tua. Ubi ini terjadi dari bekas pangkal tangkai daun. Ubi kayu mempunyai kandungan kalori, serat diet, manganese, potassium, vitamin B6, vitamin C, protein, lemak, kalsium, fosforus dan zat besi. Memetik mengenai serat diet, ianya berfungsi untuk megurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser usus dan juga membantu mengawal diabetis. Patutlah ubi kayu satu masa dahulu menjadi pengganti nasi kerana ianya penuh dengan serat yang memberi rasa kenyang pada tubuh. Teringat juga masa zaman sekolah rendah dulu, buat gam dari tepung ubi kerana ia mempunyai kandungan kanji. Walau bagaimanapun, akar dan ubinya mengandungi banyak glukosid sianogenik sehingga tahap berbahaya dan di dalam ubi sahaja bervariasi antara sepuluh hingga 490 mg/kg.

Ðaun ubi daripada jenis ringkas dan susunannya berpilin. Tangkai daun panjang, manakala lai daun jenis tidak terbahagi dan banyak jejari yang hampir sehingga ke tengah daun. Tangkai daun berwarna kuning, hijau atau merah. Ðaunnya pula banyak mengandungi protein, banyak karotena dan vitamin C.

Kegunaan sebagai makanan

Ubi kayu sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah mendapatkan sumber makanan biasa, seperti ketika musim tengkujuh atau malapetaka awam, atau semasa peperangan seperti semasa Perang Dunia Kedua.

ubi kayu yang dibakar

ubi kayu rebus sedap dimakan bersama kelapa parut

Pada masa biasa, ubi kayu hanya dimakan sekali-sekala atau dijadikan sebagai kuih. Kulit ubi kayu mempunyai asid hydrocyanic (asid hidroklorik dan potasium sianida atau sodium sianida (hydrocyanic). Oleh itu ubi kayu tidak boleh dimakan mentah, tetapi perlu dibuang kulit dan dimasak terlebih dahulu.

bingka ubi / bengkang

tapai ubi

Terdapat pelbagai kegunaan pokok ubi kayu. Ubinya boleh dipanggang, digoreng, dibakar, direbus, diparut sebelum dimasak untuk dijadikan kuih atau dimakan bersama kelapa parut muda, ikan masin atau ikan bakar dan sebagainya. Selain daripada itu, juga boleh dibuat kuih, antaranya kuih puli ubi kayu, kuih ubi kayu, tapai ubi, kerepek ubi dan yang seumpama dengannya. Pucuk ubi dan daun muda boleh dimakan sebagai sayur, dicelur buat ulam dan sebagainya.

Ubi kayu ditanam secara komersial untuk menghasilkan tepung ubi. Tepung ubi kayu juga digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadi monosodium glutamat (MSG) terutama di negara Timur Jauh dan Amerika Latin. Untuk menghasilkan satu tan MSG, ia memerlukan lebih kurang 2.4 tan tepung ubi kayu atau tepung kanji.

Khasiat perubatan

Selain dijadikan makanan, pokok ubi kayu juga dikatakan berkhasiat digunakan sebagai ubat. Antara penyakit yang dikatakan mampu diubati dengan pokok ubi kayu adalah reumatik, demam, sakit kepala, diarrea, kecacingan, kabur mata, nafsu makan, luka bernanah dan luka akibat kena panas.

Mengubati reumatik

Untuk mengubati reumatik, ambil lima lembar daun ubi kayu dan kemudian campur dengan satu sudu kapur. Tumbuk halus dan kemudian dijadikan sebagai bedak pada bahagian yang sakit. Selain itu, boleh juga menggunakan sepotong batang ubi kayu dan kemudiannya rebus dengan lima gelas air sehingga mendidih sehingga tinggal empat gelas. Saring air dan kemudian minum sebanyak dua kali sehari pada waktu pagi dan malam.

Mengubati demam

Untuk mengubati demam pula, caranya adalah dengan sepotong batang ubi kayu dan kemudiannya direbus bersama tiga gelas air hingga mendidih. Saring airnya dan minum sebanyak dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Air rebusan daun segar pula dikatakan boleh digunakan sebagai air mandian untuk merawat demam influenza.

Bagi mereka yang mengalami sakit kepala pula, mereka boleh menggunakan daun ubi kayu untuk mengurangkan sakit. Caranya adalah dengan menumbuk halus daun tersebut dan kemudiannya dijadikan sebagai penampal di kepala.

Hilangkan kecacingan dan cirit birit

Untuk mengubati cirit birit pula, daun ubi kayu juga dikatakan berguna. Caranya adalah dengan merebus tujuh lembar daun ubi kayu bersama dengan empat gelas air sehingga mendidih dan tinggal dua gelas. Saring air ini dan minum dua kali sehari pada waktu pagi dan malam.

Kecacingan juga dikatakan boleh diubati dengan menggunakan kulit batang ubi kayu. Caranya adalah dengan merebus kulit batang ubi kayu tersebut dengan 3 gelas air sehingga mendidih dan tinggal segelas. Saring air ini dan minum sebelum tidur pada waktu malam.

Luka yang bernanah boleh diubati dengan menggunakan batang daun ubi kayu yang masih muda. Tumbuk halus dan tampalkan pada luka tersebut. Walaupun ubi kayu dikatakan banyak kegunaannya, disebabkan bahagian ubinya mengandungi bahan beracun (glukosid sianogenik – bahan yang membebaskan sianid) yang perlu dibuang, maka berhati-hatilah memakan atau menggunakannya. Toksin dalam pucuk dan ubi dapat dibuang dengan cara memarut atau memotong ubi kecil-kecil atau meramas daun ubi hingga hancur.

Kegunaan lain

Pokok ubi kayu juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah lalang, di mana kawasan yang ditanam ubi kayu akan menutup permukaan tanah dari cahaya matahari, dengan itu menghalang lalang daripada tumbuh kembali.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan pokok ubi kayu, namun perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu sebelum menggunakannya, bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Monday 11 November 2013

TERNAKAN BURUNG PUYUH

1 PENDAHULUAN
Burung puyuh merupakan ternakan yang mudah dipelihara dan menguntungkan.
a Tidak memerlukan modal permulaan yang besar
b Boleh dipelihara oleh anggota keluarga diperkarangan rumah
c memerlukan makanan yang rendah
d Tidak banyak masalah mengenai penyakit penyakit
e Daging puyuh dan telur mengandungi zat yang tinggi
f Jarak generasi pendek.ia berupaya mengeluarkan  3-4 generasi setahun.

2 BAKA BAKA PUYUH
Burung puyuh yang asal usulnya terdapat dikawasan hutan,ladang pertanian,sawah kering atau semak belukar mempunyai sifat yang pemalu,liar,pantas dan mudah terkejut. Terdapat dua jenis quail i aitu 
*burung puyuh pedaging
*burung puyuh penelur
Antara spesies yang terkenal didunia ada lah  American Bobwhite ,California quail,Common Quail, Rail Quail, Chinese Painted Quail,

Burung Puyuh Jurusan telur .
Jenis                               Asal                         Telur Tahun
conturnik Japonica          Jepun                       250-280 biji
Japanese Seatle              Amerika Syarikat      240-260 biji
Japanese Taiwan            Jepun/Taiwan           220-250 biji                            Jenis Japanese Quail.
Puyuh Putih                    India                         220-250 biji
Kacukan Tempatan       Tempatan                 220-250 biji

3 KEPERLUAN REBAN DAN PERALATAN
3.1 Reban
      Sebuah reban diperlukan untuk melindungi burung puyu (semasa anak,membesar dan bertelur) dari musuh,cuaca buruk dan kawalan penyakit. Reban tersebut dibuat mengikut bilangan burung puyuh yg hendak dipelihara dan mempunyai segala kemudahan yg diperlukan.
ukuran reban       : 12 ka x 10ka  - boleh memuatkan 500 ekor.
                             15 ka x 16 ka- boleh memuatkan 1000 ekor
Bahan digunakan :  bumbung - nipah,atapnipah,asbestos
                             dinding    - dawai mata punai,dawai brc
                             Konkrit   - 1/3 papan 2/3 dawai
                             lantai       - tanah atau simen
* reban perlu berada dikawasan yg sunyi
* mendapat perlindungan angin kencang dan sedikit perlindungan matahari
* mempunyai kawasan yg kering dan sentiasa bersih
3.2 Alat Perindukan dan bentuk
a) Sangkar Perindukan bertingkat          -  4 ka (P)x 2ka(L)x10 in(T) muat 200-250 ekor
b) Kotak Perindukan Berkaki Empat     -  4 ka (P)x 3ka(L)x12 in(T) muat 200-250 ekor

3.3  Sangkar Bertelur
Terdapat berbagai bentuk ia itu
a) Sangkar Bertelur Biasa (Bertingkat)               - 24 in(P)x18in(L)x10in(T) untuk 25 ekor
b) Sangkar Bertelur Biasa (Bersekat)                - 36 in(P)x12in(L)x 8in(T) untuk 25 ekor
c) Sangkar Bertelur Bertingkat (tanpa sekatan)  - 4 ka(P)x2 ka(L)x 1in(T) untuk  50 ekor
d) Sangkar Bertelur Khas untuk pembiakan       -8 in(P)x16in(L)x 8 in(T) untuk  3 ekor
    (satu satu petak)
3.4 Alat Minuman Dan Makanan
Alat minuman semasa anak dan membesar
a) palong plastik 1/4 gelen-100 ekor
b)palung plastik atau zink 0.5in-1 in seekor semasa membesar dan bertelur
Alat makanan semasa anak dan membesar
a)dulang zink atau papan 0.5in (p)x1 ka (L)x1ka(T)- 100 ekor
b)Palung plastik atau zink -1in untuk seekor

4. MAKANAN PUYUH
Makanan khas atau komersil boleh diberi sebagaimana berikut
Umur                                       Jenis Makanan
umur 1 hari-14 hari                   Broiler starter mesh
umur 15-52 minggu                   poultry layer mesh
atau
umur 1 hari-14 hari                   Broiler starter mesh
umur 15-35 hari                        poultry layer mesh
umur 36 hari-52 hari                 quail layer mesh
* burung puyuh makan 25 gm 35 gm sehari seekor
   keperluan protin 25-29% dan tenaga 2800 kcal/kg
* pemberian sehari semasa bertelur  1 kg makanan untuk 50 ekor atau 20gm (2 sudu besar seekor)

5 PENGURUSAN PENTERNAKANB
Burung puyuh dipelihara secara intensif didalam reban spenjang masa.Pengurusan dibahagi kepada 4 peringkat:
a Anak burung puyuh berumur 1hari-3 minggu
b Jurusan Pedaging
c Jurusan Penelur
d Jurusan baka puyuh
5.1 Anak Burung Puyuh )berumur 1 hari-3 minggu)
-Berat badan semasa menetas hanya 9gm -12gm.
-memerlukan perindukan sepenuh masa selama 1-7 hari
-a) Sangkar Perindukan bertingkat          -  4 ka (P)x 2ka(L)x10 in(T) muat 200-250 ekor
b) Kotak Perindukan Berkaki Empat     -  4 ka (P)x 3ka(L)x12 in(T) muat 200-250 ekor
* Kotak tersebut perlu 3 ka tinggi dri tanah ,ada pintu sebelah atas, berlantai dawai brc 1/4 in x 1/2in.dinding dan pintu boleh diperbuat dari dawai BRC/mata punai ukuran 1in x 2in.
* Bagi menginduk anak puyuh alat pemanas  seperti mentol lampu elektrik 100 watt dipasang dalam kotak boleh member haba kpd 100 ekor anak puyuh. atau satu gas hoover 30,000 BTU untuk 1000 ekor anak. atau lampu hurricane minyak tanah 1 biji lampu untuk 100-200 ekor anak.
*Alat minuman semasa anak dan membesar

5.2 Jurusan Pedaging
Anak burung puyuh dari umur 3 minggu boleh dilepaskan dalam reban berlantaii sarap tebal atau kekal dalam induk perindukan shingga umur jualan.Burung puyuh pedaging boleh dijual mulai umur 30 hari mengikut saiz atau berat badan yang dikehendaki.
5.3. Jurusan Penelur.
Penternak perlu memelihara anak puyuh sehingga umur 25-30hari utk mengenalpasti perbezaan jantina.Hanya burung betina sahaja perlu dipindahkan ke sangkar penelur ketika berumur 30-35 hari.Burung puyuh jantan akan terus diternak sehingga berumur 8-10 minggu. Ketika itu berat badan jantan lebih kurang 130gm-140gm seekor dan selepas prose 110 gm.
* sebuah sangkar boleh memuatkan 6-8 ekor .Burung itu memerlukan cahaya (17jam setiap hari) dan ventilasi yg secukupnya untuk merangsang pengeluaran telur yg optimum.
*Burung puyuh betina mula bertelur ketika umur 40-42 hari dan bertelur 75% pada pukul 4-7 malam dan baki selepas 7 malam.Anggaran pengeluaran telur maksimum 93% dan akn terus bertelur pada tahap 60% selama 1 tahun.Burung puyuh bertelur sebanyak 250-300 biji setahun.
5.4 Jurusan Puyuh Baka.
Penternak dinasihatkan membeli puyuh baka atau anak burung puyuh dari ladang ladang k'jaan dan ladang swasta yg telah diakui mutu pengeluarannya atau mempunyai stok baka sendiri jika mahu hasil yg optima.
*nisbah Pembiakan

Nisbah                                     Peratus Penetasan
(jantan:Betina)                          (Telur eraman)
  1:1                                               72%
  1:2                                               72%
  1:3                                               68%
  1:4                                               65%
  1:5                                               53%
  1:6                                               41%
5.5 Stok Baka Gantian
 Pengantian stok baka perlu dijadualkan dgn terancang agar pengeluaran snak burung boleh dibekalkan secara berterusan sepanjang tahun.
* 3 bulan sebelum stok baka disingkirkan,stok baka mula dipelihara.
* jangkamasa produktif 6-7 bulan
* penggantian stok baka 3-4 kali setahun
* kitaran hidup puyuh 67-70 hari
*Tempoh penetasan telur 17 hari
6 PENYAKIT BURUNG PUYUH
Biasanya burung mempunyai daya tahan terhadap beberapa penyakit ayam tetapi masih boleh dijangkiti.
a Penyakit Virus
- quail bronchitis
- marek's disease
- Avian Encephalomyelitis
-Newcastle disease
-Avian Influenza
b Penyakit Bacteria
-ulcerative enteritis
-Salmonellosis
-Staphalococcosis
-Colibacillosis
c Penyakit Parasit
-Coccidiosis
-Hexamitiasis
-Histomoniasis
-Helminthiasis
d Lain lain penyakit
-Kanibolisme
-Fatty Liver Syndrome

* Kebersihan ada lah cara terbaik untuk mengawal penyakit
a Buang semua lebihan makanan dan minuman agar tidak berkulat dan dicemari tinja
b semua peralatan dibersihkan  dan disucihama sekurang kurangnya seminggu sebelum digunakan semula.
c Mencuci lantai dan dinding dengan air bersih .
d Reban dibairkan kosong sekurang kurangnya seminggu dan diddedahkan kpd cahaya matahari
7 EKONOMI
.
Rujuk http://projekternak.blogspot.com/2011_02_01_archive.html